Aktifkan 2-Step Verification
Ini syarat sebelum Google membenarkan App Password. Jika sudah aktif, semak statusnya dan teruskan ke Langkah 2.
- Pada PC, buka halaman rasmi Google 2-Step Verification melalui pautan biru di bawah.
- Jika diminta log masuk, gunakan alamat Gmail dan lengkapkan proses log masuk Google seperti biasa.
- Cari tetapan 2-Step Verification. Jika OFF, pilih untuk mengaktifkannya dan ikuti langkah pengesahan identiti yang ditunjukkan Google (contohnya pengesahan telefon atau kaedah lain yang tersedia).
- Lengkapkan proses keselamatan sehingga 2-Step Verification ditandakan aktif. Kod pengesahan ini TIDAK perlu dimasukkan dalam AES.